Selasa, 21 Jun 2011

'Latih anak murid jadi guru'

Penggunaan teknologi sebagai medium P&P adalah sangat interaktif. Kali ini saya akan berkongsikan satu cara yang mana akan melatih anak murid anda menjadi guru.

Bagaimanakah caranya?

Bahagikan pelajar anda kepada lima kumpulan.
Berikan tugasan untuk seorang dari ahli kumpulan itu menulis satu karangan contohnya, dan disiarkan di blog / laman anda. Arahkan juga setiap orang kawan dari kumpulannya untuk memberi komen dan mungkin membetulkannya jika ada kesilapan.

Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat kerana hasil kerja mereka nanti akan disiarkan di blog / laman anda. Selain itu, kawan-kawan sesama ahli kumpulan mereka akan memberi komentar. Perkara ini boleh menambahkan penyertaan mereka dan secar tidak langsung, proses P&P berlaku.

Keperluan untuk melaksanakannya, anda perlulah menambah 'invite' pelajar-pelajar anda supaya boleh menyiarkan penulisan mereka dalam blog anda. Cara untuk invite adalah:
1. Pastikan setiap anak murid anda ada emel masing-masing dan diberi kepada anda

2. Pilih 'Setting', 'Permission' dan 'Add Authors'.
3. Isikan emel mereka dan selepas mereka approve, bolehlah mereka siarkan penulisan mereka.

3 ulasan:

  1. salam.
    saya pernah ada discussion pasal blog digunakan sbgai bahan mengajar.
    nak tambah point boleh?
    selain untuk penulisan, boleh juga jadi medium perbincangan antara pelajar..
    this way, pelajar yang malu untuk bersuara dalam kelas mungkin boleh jadi lebih berani untuk ambil bahagian dalam perbincangan online .

    BalasPadam
  2. "....jadi medium perbincangan antara pelajar..
    this way, pelajar yang malu untuk bersuara dalam kelas mungkin boleh jadi lebih berani untuk ambil bahagian dalam perbincangan online."

    Saya setuju! kadang-kadang manusia ni ada kelebihan menulis berbanding bercakap..
    Terima kasih.. =)

    BalasPadam